CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, September 27, 2008

Syukur Kehadrat Ilahi...

Alhamdulillah banyak2x bersyukur ke hadrat ilahi dah selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w kerana sehingga umur ku mencecah 21 tahun aku masih dapat melihat dunia ini dan diberikan kesihatan yang baik...

Ini kali kedua aku menjerumuskan diri dlm dunia blog yg pada masa kini hangat diperkatakan di media2x... apa salahnya sekadar untuk berkongsi pendapat dan idea untuk semua pembaca blog walaupun belum tentu lagi orang lain membaca blog aku ini... ( cehhh skema nye ayat... maklum la BM aku A1...huhuhuhu)

Setelah membuat survey keatas beberapa buah blog ( blog member2x aku gak) aku rasa menulis blog ni amat menarik dari sini kita dapat menulis apa saja luahan,pendapat, idea, dan macam2x lagi la yg tak dapat aku senaraikan kat sini...

Memandangkan aku ada banyak masa yg terluang ape kata aku membuat perkara yg berfaedah selain bermain game dan membuke friendster ( Ni antara aktiviti yg aku slalu buat bila kje hahaha ). Lagi satu ni boleh melatih aku menaip menggunakan komputer dengan lebih laju
selama ni aku kurang ckit bab2x menaip ni...

Tapi aku ni bukan macam kawan2x aku yg mempunyai banyak idea untuk dikongsi. apa salahnya mungkin dengan cara menulis blog pemikiran aku akan menjadi lebih tajam,kreatif n inovatif. ( Ape aku melalut ni... ). Sebenarnya aku ni seorg yg suka mencuba benda2x baru ( tak termasuk perkara2x yg dilarang ek ). Banyak benda yg aku nak cuba tp belum da kesempatan lagi. Rugi la aku rasa klo hidup ini tak mencuba perkara2x yg baru dan bagus, kita hidup ni klo boleh kutip la sebanyak mana pun pengalaman... bak kate pepatah jauh perjalanan luas pemandangan/pengalaman... jangan berjalan je tapi taktau ape2x tu susah gak org jenis macam tu...

Sekarang hampir ke penhujung bulan Ramadhan tak lama lg syawal menjelma ( bukan syawal AF ye ). Tak sabar nak beraya walaupun tahun ni baju raya sepasang je jadi la... Raya tahun ni sederhana saje memandangkan ayah aku masih belum sihat jd tahun ni kami beraya kat rumah je la ( Kuala Rompin ). Bila dah besar ni faham2x je la raya tak dpt dah duit raya, klo dlu pegi beraya keliling kampung kutip duit raya, semua rumah kiteorg pergi n umah yang tak pernah pegi pun kami redah semata mata nak dapat duit raya. tapi sekarang dah tak buat kje tu dah malu la dah besar dah jd anak dara pun huhuhu... ( pe tah aku ni )

Ok la setakat ni la untuk waktu ni... Jap lagi dah nak tutup kedai, bke lik kul 2 karang.
Camni la rutin harian hidup aku sekarang, takdek masa nak bersosial and berjalan-jalan.
Salah aku jugak sbb pilih jln hidup camni... takpe la bersabar je la tak lama je lagi ye Miza...
Jadikan semua ni pengalaman hidup yg bukan semua org leh cari...

Berakit-rakit kehulu berenang-renang ketapian
Bersakit-sakit dahulu Bersenang-senang kemudian
Akan ku ingat selalu... ;-)
Coretanku keikhlasanku...
last timer 12.44 pm