CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, December 13, 2008

Persoalan....

Sesiapa yg membaca persoalan ni yg mempunyai pendapat sila la kemukakan pendapat anda... Saya pun bukan arif sangat dalam soal2x agama ini... Sy mendapat persoalan ini daripada kenalan sy dan ingin berkongsi dengan kalian yg membaca blog sy ini... ( huhuhu mcm ramai je yg tgk blog ni )

Sesungguhnya, permasalahan ini berat, tapi orang tidak ambil peduli. Malah tak tau pon. Perhatikan soalan 1 - 5. Bila dapat tahu anak pregnant luar nikah, cepat cepat kahwinkan. Perkahwinan seumpama ini hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila- bila...
Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting:

Soalan 1 :
Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?

Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.


Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?

Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.


Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?

Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.


Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?

Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.


Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?

Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah.


Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?

Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.


Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?

Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.


Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?

Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.


Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?

Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak- anak yang tidak sah taraf.

Kisah Disebalik cawan dan air

dihantar oleh: delirium
Editor: deynarashid

SEKUMPULAN bekas pelajar sebuah universiti berkumpul menziarahi bekas pensyarah mereka. Pensyarah itu amat gembira menerima kedatangan bekas pelajar yang berjaya dalam jurusan dan kehidupan masing-masing. Mereka bertanya khabar dengan penuh mesra dan terus terang. Perbincangan berlanjutan sehingga menyangkut kepada permasalahan berbentuk peribadi. Ada yang mengeluh, mengadu dan meluahkan perasaan yang tertekan dengan pelbagai permasalahan, tekanan hidup berkeluarga, dengan rakan di tempat kerja serta masyarakat sekeliling.

Pensyarah itu hanya tersenyum dan terus menuju ke dapur untuk mengambil cawan pelbagai bentuk dan warna. Ada yang dibuat daripada tembikar, kaca dan plastik. Ada yang cantik, penuh hiasan, kelihatan mahal dan ada yang biasa saja dan murah. Pensyarah itu menjemput semua bekas anak murid itu minum menggunakan cawan pilihan mereka.

Apabila semua bekas pelajar itu mengambil cawan yang terisi air, dia pun berkata: ”Jika kamu perhatikan, semua cawan yang cantik dan mahal itu diambil, yang tinggal hanya cawan yang biasa-biasa dan murah! “Begitulah lumrahnya kita hanya akan memilih yang terbaik (menurut pandangan luaran), sebenarnya itulah punca masalah dan tekanan hidup yang kita semua hadapi!”

Apa yang kita perlukan sebenarnya adalah air, bukan cawan itu, tetapi kita secara tidak sedar memilih cawan yang cantik saja! Demikianlah kehidupan ini – ibarat air. Kerjaya, wang ringgit dan kedudukan dalam masyarakat semuanya umpama cawan yang beraneka warna itu. Semua itu adalah alat atau pemudah cara untuk meneruskan hidup tetapi kualiti hidup tidak berubah. Jika kita hanya menumpukan perhatian kepada cawan, kita tidak ada masa untuk menghargai, merasakan dan menikmati air itu!

Apa yang pensyarah itu katakan bertepatan dengan apa yang al- Quran bentangkan mengenai jiwa manusia yang selalu berkeluh kesah dan tidak pernah rasa cukup. Pelbagai permasalahan kita berpunca daripada empat perkara:

# Kita hanya memandang dan menginginkan apa yang ada pada tangan orang lain. Kita tidak nampak atau lupakan nikmat di dalam genggaman kita. Walhal, Allah telah berikan kepada kita. Oleh itu kita tidak rasakan ‘keseronokan’ atau terasa nikmat dengan pemberian itu.
# Kita terlalu banyak ‘komplen’ dan komen (mengadu) dan mengeluh serta menyalahkan keadaan sehingga kepada permasalahan sekecil-kecilnya dalam kehidupan dunia ini. Tetapi, kita sering lupa kesusahan dan penderitaan sebenar yang bakal kita hadapi di akhirat kelak.

# Kita terlalu mengejar kemewahan, kemegahan dan glamor kehidupan sehingga melupakan tujuan hidup kita sebenarnya. Inilah sebenar ujian hidup yang kadang kala kita rasakan amat memeritkan untuk dihindari, pada hal kita tahu ganjarannya adalah syurga daripada Allah.

# Kita selalu menganggap kehidupan di dunia ini untuk hidup selama-lamanya. Oleh itu, kita menghabiskan seluruh sumber dalam diri semata-mata untuk membina pengaruh, mengumpul harta dan kemasyhuran diri seolah-olah ‘kematian’ itu untuk orang lain, bukan untuk kita. Kita lupa semua kejadian akan mati dan walhal akhirat adalah kehidupan abadi.
Oleh itu, dari sekarang kita hentikan perangai suka komplen, komen dan berkeluh kesah. Kita hargailah kehidupan ini. Kita jalani kehidupan sebagai khalifah Allah, melakukan yang makruf, melarang perkara yang mungkar. Kita syukuri nikmat yang ada dan panjangkan nikmat ini kepada orang lain dengan memberikan khidmat menolong dan memudahkan kehidupan orang lain.

Pernah suatu ketika Saidina Ali ditanya oleh seorang lelaki: "Jika diberikan pilihan, mana satukah yang kamu pilih?, kehidupan di dunia atau mati? Jawapan baginda memeranjatkan lelaki itu: “Saya akan pilih kehidupan di dunia, melalui perjuangan dalam kehidupan ini, saya mendapat bekalan untuk mencapai keredaan Allah di akhirat kelak.”

Moga seluruh perjalanan hidup kita diredhai dan dirahmati oleh Allah. Apa guna hidup seorang hamba tanpa keredhaan penciptaNYA.

Friday, November 28, 2008

Contoh Resume utk Apply keje???

Name : Ah Boy
Age : Still young
Sex : Never. Still under age
Religion : I only have experience praying my cat who dead 2 years before
Race : I love to race, how you know?
Nationality : I don't like National, I prefer Sanyo
IC Number : 6735
Telephone number : House no telephone
Hand phone number : 3310
Address : Penang Jelutong
City : Nor Haliza?
Postcode : I never post anything
State : In my family, I am 2nd
Country : I love to travel to Canada
Marriage status : Secret
Email Address : Hotmail
Education Background : My teacher said not bad
Working experience : Last time got sell pirated VCD
Father's name : Daddy
Father's IC : You ask him
Mother's name : Mummy
Mother's IC : You ask her
Current Salary : Depends on my daddy mood
Expected Salary : As much as you can pay
When can start work : Depends on my mood
Highest qualification : Ya, very high
Grade : Ya, very high
College/University : College
Signature : Can I use chop?

Cuba la mana tau terus bos yang temuduga tak boleh nak kate ape dan anda tidak perlu lagi ditemuduga... hehehe

Just kidding ;-)
Miza Cute...
8.41 pm (28/11/2008)

Thursday, November 27, 2008

CONVOCATION

My convocation...

Detik 25 hb 11 2008 merupakan antara detik yg tak dpt aku lupekan maklum la ari tu aku akan menjalani convocation utk diploma bg kursus yg aku ambil ni...


ni baju yg aku nak pakai waktu konvo



Ni kasut pakai waktu konvo...

Tak sangka yg aku sudah abis diploma dan telah menjalani konvokasyen... Memang la seronok tapi yg menjadikan hari tu tak berapa nak seronok sbb kasut baru aku tu... huhuhu... waktu berjalan atas pentas nak mengambil skrol kasut aku belah kanan tiba2x tercabut... nasib baik aku jelan pelan2x je leh la cover... maybe pro canselor yg bg skrol tu tu perasan kasut aku sebelah tu wat hal die suh aku jln pelan2x huhuhu... baik tol pro canselor tu kan bagus klo jd datuk aku ke hehehe...(berangan pulak)... berejam jugak la kne duduk dlm dewan sri budiman tu... perut kelaparan sbb lum mkn lg... habis je dlm pkul 6 lepas tu sesi bergambar...huhuhu


Ni gambar dengan family....



Ni gambar syok sendri huhuhu...

Alhamdulillah akhirnye semua nye selesai dan aku telah menjadi graduate uitm walaupun just diploma je... Terima kasih la kepada semua yg banyak membantu n bg dorongan kt aku sampai aku berada di tahap ini terutama kepada ma,abah,abang2x,kakak2x,abg ipar,bkl abg ipar,kwn2x,pakcik2x,makcik2x dan semua yg terlibat hehehe... Syukur sangat2x...

Thanks to all...

me.... amie(miza)

3.19pm (27/11/08)

Friday, November 21, 2008

Hari yg agak penat la...

ALhamdulillah aku dah selamat pegi raptai dgn kwn2x aku... Mula2x risau gak takut jd pape semasa perjalanan ke uitm shah alam... Bermula dgn bertolak ke melaka rumah kwn (Dura) N then aku,dura n sepupumye nad kami bertiga menaiki kereta ayah kwn aku tu... alhamdulillah sampai gak tempat yg dituju walaupun kami sesat waktu ikut kwn ke uitm... hehehe salah tgk peta la huhuhu...

Lepas abis raptai, aku bertukar kendraan lak dgn menaiki kereta izan ( kwn kosmate aku gak ) utk ke KL Sentral...huhuhu jln jem kami sampai lambat kt sana... aku lak risaukan kwn aku yg tgh menunggu aku kt KLSentral Tu.. dah la nset aku problem masa tu nasib bek la kakak kwn aku tu bg aku gne nset die utk cal n msg kwn aku tu...

Sesampai kat KL sentral aku bertemu ngn kwn aku tu, pehhh nasib baik jmpe... dlm hati bkn men risau g mane la tau aku sesat jln ke...huhuu... kami berdua je,kami pun pegi ke KLCC untuk mencari kasut aku nak pakai waktu konvo nanti... tp malangnye tak jmp sbb takdek saiz kasut yg aku nak... huhuhu susah tol nak cari kasut yg sesuai... jd kmi lik semula ke KLSentral n li la kfc... Sempat lg kami amik gambar waktu leka amik gmbar tu aku terlanggar air pepsi yg baru beli kt kfc tu...huhuuhu hancur harapan nak minum air tu dah la dahaga sgt waktu tu...

Waktu hampir pkul 10 mlm so kami trus beli tket lrt n then balik ke kg baru tmpt kwn aku tu tinggal. Kwn2x serumah kwn2x aku tu baik2x semua, so mlm tu kami tido agak lambat sambil2x tu dah lama tak jmp ape lg borak2x la,mkn2x hehehe... Aku amik tiket lik rompin kul 12.30 tghri jd soknye leh la aku bgun lewat ckit... mmng penat... so lps bersiap aku n kwn aku (azida) pun kuar utk pegi pudu, cian kt die sbb tak sempat nak teman die li tudung kt masjid jamek huhuu.. thanks ek zida tmnkan aku klo tak mst aku sesat kt cane huhuu...

Aku sampai kt umah lebih kurang pukul 5 ptg,rehat kejap n mkn2x aku kne g tempat kje aku sbb da hal... kul 7 baru balik. Esoknye aku kne kje...huhuuhu rasa mls lak nak kje sejak akhir2x ni huhuuhu.... penat pun tak hilang lg... tapi aku kne kje,klo tak kje gaji ckit je la dpt... Tapi aku betul2x malas nak g kje huhuhu.....

Penatnye...............


Aku yg.....
pe tah
( 21/11/08)

Tuesday, November 11, 2008

Detik-detik ini




Ya Allah..
Berikan hati ini kekuatan..
Kekuatan menghadapi setiap rintangan...
Kekuatan mengharungi setiap halangan...


Ya Allah..
Berikan hati ini ketenangan..
Ketenangan menghadapi kebenaran...
Ketenangan mengharungi kepayahan...


Hati ini terlalu sakit..
Terlalu sakit mengenangkan hal-hal duniawi..
Mengapa ini harus terjadi...
Haruskah ujian ini yang aku terima...


Aku redha..
Andai ini ujian yang harus aku tempuhi..
Diri ini terlalu lemah untuk menghadapinya..
Aku percaya, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..


Aku inginkan perubahan..
Perubahan ke arah yang lebih menyenangkan...
Tapi semangat ini tidak begitu kental...
Untuk aku melaksanakan...


Ya Allah..
Hanya padaMU tempat aku mengadu..
Hanya padaMU aku mendapat ketenangan..
Hanya padaMU tempat aku untuk meluahkan segala yang terseksa..


Ya Allah..
Aku inginkan kekuatan itu..
Aku inginkan ketenangan itu..
AKu inginkan kegembiraan itu..


Ya Allah..
Hanya satu pintaku..
Jangan sesekali kau palingkan aku dariMU..
Jangan sesekali kau jauhkan aku dari MU..
Jangan sesekali kau lupakan aku dari MU..


Hanya Engkaulah..
Segala-segalanya untukku..
Di saat susah dan senang...
Hanya padaMU tempat aku berserah...

Monday, November 10, 2008

Entah Laaa...

Aku tak tau la ari ni aku rs down sgt... Aku da mslh tp tak dpt diceritakan kt cni... aku taktau la mungkin ini ujian dr Nya... aku tau aku lalai... kan bagus da org yg dpt aku kongsi masalah aku... Aku tak tau la... Nak cerita kt cni takleh... kdg2x da masalah yg kite tak dpt ceritakan kt org. Aku kne bertahan,sbr, lgpun aku bkn dr keluarga yg senang. Ape yg berlaku anggap la satu cabaran dan pengalaman agar aku tidak mengulangi kesilapan yg sama di masa hadapan.

Dulu aku da kwn lelaki utk berkongsi masalah aku, tapi bile masing2x duduk jauh hub pun makin tak rapat.. terima kasih kepada mereka kerana pernah menjadi kwn aku sewaktu ketika dulu dan banyak memberi nasihat pada aku... Aku akan ingat korg semua, hope klo korg kawin nnt jgn lupe jemput aku...

Luahan Rasa,
Aku tetap Aku,
12.54 pm (10/11/08)

Saturday, October 25, 2008

Nama Jepun Ikut Sebutan Jepun

Salam semua...

aku dapat benda ni dr blog org lain gak. Nampak cam menarik je...hehehe So aku nak share ngn korg semua... Just for fun... nnt cbe2x la untuk nama korang lak...


A- ka
B- zu
C- mi
D- te
E- ku
F- lu
G- ji
H- ri
I- ki
J- zu
K- me
L- ta
M- rin
N- to
O-mo
P- no
Q- ke
R- shi
S- ari
T-chi
U- do
V- ru
W-mei
X- na
Y- fu
Z- zi


Nama ku... Jeng jeng jeng....

=> todoshidota rikarinki zikachidota

huhuhu panjangnye... jenuh nak sebut...

nama korang lak??? hehehe


Just For Fun,
ami star
5.26pm ( 25/10/08)

Wednesday, October 22, 2008

Heart Guns

Myspace Graphics

Cantik tak picture ni... Aku terjumpa dlm internet...

Pistol yg ditengah2xnye ada hati yang berwarna warni...

Suka tengok... Very interesting bg aku la klo orang lain aku taktau...


cute pic from me...
Miza @ Amie
3.53 pm...
( 22.10.08 )

Friday, October 17, 2008

Corat Coret...

salam untuk semua... ;-)

Huh... sejak akhir2x ni macam2x aku mimpi... merepek je... macam mlm td aku mimpi abg ngah aku kawin... tapi memang pun abg aku tu tak lama lg nak kawin...huhuhu. Macam la aku mmpi tapi tak leh disebutkan di sni.. Ada yg best ada yg sukar nak ditrima...hehehe...

Tapi mmpi paling best jmpe ngn org yg aku nak sgt jumpa...hehehe secret2x.. hahaha.. Aku da gak mmpi abg angkat aku, mmpi adik angkat aku... mcm2x g r... mungkin banyak sgt perkara bermain dalam fikiran aku sejak akhir2x ni... mungkin aku banyak sgt berfikir kot.. Entah la...

Bukan pe aku cuma fikirkan masa depan aku je... takkan aku nak teruskan hidup mcm ni... aku kne membuat anjakan paradigma { aku sendri pun tak faham }.Aku harap sgt aku dapat sambung belajar dan lepas ni dapat kje yg sesuai dan bagus untuk aku... takkan aku nak kje kt tempat ni saje...( tempat aku kje skrg ni la ).

Betul org kate jauh perjalanan luas pemandangan... macam tempat yg aku kje ni la takdek langsung kne mengena ngn kos yg aku amik masa belajar... kt cni aku belajar macam2x cra nak format komputer, install sofware, download, n macam2x g r berkenaan ilmu i.t ni... Seronok gak.
Aku pun tak penah terfikir akan tau benda2x macam ni... Bila dah ceburi rasa seronok pulak...
sekurang-kurangnye aku tak ketinggalan tau jugak la pasal komputer yg selama ni aku tak mau amik tau hohoho...

Tapi yg penatnye kje kt tmpat ni aku kne kje tak kira masa... kadang2x da gak aku bersungut penat kje, walaupun dibayar gaji... bukan pe kje kt tmpat ni bkn nye kje cam kat ofis ikut time kul 5 dah lik... Igt waktu bulan puasa aku kne keje hampir satu hari siang kje dan malam pun kne kje sampai kul 11 mlm... terpaksa la korbankan waktu bersenang lenang kat umah dengan berkerja di malam hari.. Tapi nasib baik umah dengan tempat aku keje dekat je... Tapi kadang2x risau gak klo bersendirian kt dlm 'Ofis' yg aku kje ni waktu malam lak tu... dah la pempuan mcm2x leh jd... Nasib baik tak dek pape berlaku... Syukur ALhamdulillah...

Tapi bile pk balik org lain kje lagi teruk drpd aku dan lagi penat, aku just duduk dpn kmpter je n kemaskan 'ofis' aku ni... Tu pun sbb da org yg sedarkan aku... Tah la aku ni slalu sgt bersungut.. ape la nak jd ngn aku ni.. Nasib baik da org sedarkan aku... So lps ni klo aku nak bersungut dan mengeluh lg aku kne fikir dlu...

Okey la setakat ni dlu la coretan dan luahan hati aku...


Coretan saje2x,
Miza
3.15pm...

Saturday, September 27, 2008

Syukur Kehadrat Ilahi...

Alhamdulillah banyak2x bersyukur ke hadrat ilahi dah selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w kerana sehingga umur ku mencecah 21 tahun aku masih dapat melihat dunia ini dan diberikan kesihatan yang baik...

Ini kali kedua aku menjerumuskan diri dlm dunia blog yg pada masa kini hangat diperkatakan di media2x... apa salahnya sekadar untuk berkongsi pendapat dan idea untuk semua pembaca blog walaupun belum tentu lagi orang lain membaca blog aku ini... ( cehhh skema nye ayat... maklum la BM aku A1...huhuhuhu)

Setelah membuat survey keatas beberapa buah blog ( blog member2x aku gak) aku rasa menulis blog ni amat menarik dari sini kita dapat menulis apa saja luahan,pendapat, idea, dan macam2x lagi la yg tak dapat aku senaraikan kat sini...

Memandangkan aku ada banyak masa yg terluang ape kata aku membuat perkara yg berfaedah selain bermain game dan membuke friendster ( Ni antara aktiviti yg aku slalu buat bila kje hahaha ). Lagi satu ni boleh melatih aku menaip menggunakan komputer dengan lebih laju
selama ni aku kurang ckit bab2x menaip ni...

Tapi aku ni bukan macam kawan2x aku yg mempunyai banyak idea untuk dikongsi. apa salahnya mungkin dengan cara menulis blog pemikiran aku akan menjadi lebih tajam,kreatif n inovatif. ( Ape aku melalut ni... ). Sebenarnya aku ni seorg yg suka mencuba benda2x baru ( tak termasuk perkara2x yg dilarang ek ). Banyak benda yg aku nak cuba tp belum da kesempatan lagi. Rugi la aku rasa klo hidup ini tak mencuba perkara2x yg baru dan bagus, kita hidup ni klo boleh kutip la sebanyak mana pun pengalaman... bak kate pepatah jauh perjalanan luas pemandangan/pengalaman... jangan berjalan je tapi taktau ape2x tu susah gak org jenis macam tu...

Sekarang hampir ke penhujung bulan Ramadhan tak lama lg syawal menjelma ( bukan syawal AF ye ). Tak sabar nak beraya walaupun tahun ni baju raya sepasang je jadi la... Raya tahun ni sederhana saje memandangkan ayah aku masih belum sihat jd tahun ni kami beraya kat rumah je la ( Kuala Rompin ). Bila dah besar ni faham2x je la raya tak dpt dah duit raya, klo dlu pegi beraya keliling kampung kutip duit raya, semua rumah kiteorg pergi n umah yang tak pernah pegi pun kami redah semata mata nak dapat duit raya. tapi sekarang dah tak buat kje tu dah malu la dah besar dah jd anak dara pun huhuhu... ( pe tah aku ni )

Ok la setakat ni la untuk waktu ni... Jap lagi dah nak tutup kedai, bke lik kul 2 karang.
Camni la rutin harian hidup aku sekarang, takdek masa nak bersosial and berjalan-jalan.
Salah aku jugak sbb pilih jln hidup camni... takpe la bersabar je la tak lama je lagi ye Miza...
Jadikan semua ni pengalaman hidup yg bukan semua org leh cari...

Berakit-rakit kehulu berenang-renang ketapian
Bersakit-sakit dahulu Bersenang-senang kemudian
Akan ku ingat selalu... ;-)
Coretanku keikhlasanku...
last timer 12.44 pm