CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, February 28, 2011

KeHiLaNgAn...


Salam kpd pembaca blogger sekalian...

Erm skrg ni di sekeliling aku ramai yg telah mengalami kehilangan, terutama kehilangan org yg mereka sayang terutama CINTA HATI mereka... Cedey aku di buatnye huhu, aku mane leh tgk org cedey2x terutama kwn2x yg rapat ngn aku bercedey sbb benda2x tu... n utk korg yg putus cinta ke, kehilangan org tersayang ke, n pape lah seumpamanye aku da copy ayat baik punye cilok utk korg, ayat2x ni aku cilok dari sorg penulis buku cinta, n bekas penyanyi kot... haha, ayat die mmng terbaik punye, memberi motivasi bkn saje utk aku tapi aku nak share ngn korg gak. Haha "Sharing is Caring" kan... Aku suke statement ni huhuhu...

Ni ayat nye :


Apabila berlaku saat kehilangan sebegini, hanya pesan ku,




♥ Menangislah sayang… menangislah sepuas hati mu…
♥ Menangislah sayang… gersangkan lah danau mata mu…
♥ Menangislah sayang… hilang dia bukan khilaf mu...
♥ Menangislah sayang sehingga saat mulai ke titisan terakhir air mata itu…

Lalu kau bangunlah semula, bangkit dari sungkur mu, bina gagah mu, angkut tabah mu, ujudkan semangat dengan senyuman sinis meninggalkan segala duka dan sengsara, kerna hari ni, adalah hari mu…janji mu untuk ke pentas dunia baru mu!

Sesungguhnya, tidak kau sedar, yang membuat kau menangis adalah kasih dan sayang dari Allah buat mu… pasti tanpanya, hidup mu kan berlarutan dalam kegelapan. Lalu bersyukurlah Alhamdulillah!







Harap lepas baca ayat2x ni semangat korg yg down tu akan kembali pulih, Kuatkan la semngatmu... Sesungguhnye Allah masih Sayang padaMu... Ingat!!! Setiap yg berlaku itu pasti ada hikmah yang terbaik buat kite, Cuma cepat atau lambat je untuk kite tahu.. InsyaAllah... kebahagiaan itu akan menjadi milik kite jugak akhirnye... =)

Saturday, February 26, 2011

C.I.N.T.A itu




Erm... cedeynye aku ble dgr masalah kwn2x aku ttg C.I.N.T.A mereka... erm nak menasihat pun aku bukan la arif sgt soal2x cinta ni... Ksian aku tgk dieorg, da tu putus sbb nak kawin cpt, da tu dpt bf yg agak2x "tangkai jering" n da tu kekasih meninggal excident n pmpn tu x dpt trima hakikat yg his bf was dead...n mcm2x g la... Aku cuma boleh kongsi ape yg aku dpt n lalui dalam pembacaan...

Aku pun bkn nye perfect sgt, aku pun da masalah aku sndri ngn C.I.N.T.A... tapi aku xleh citer kt cni, biar la dri aku je yg tau masalahnye, aku xmau mengaibkan sape2 ... Memang susah kan untuk melupakan org yg kite cinta n betul2x sayang, nak lepaskan mmng susah bg sesetengah org, contohnye macam aku la... Aku xtau samada keputusan aku betul atau tidak, aku xtau samada kami boleh berubah atau tidak... Aku xmau die bg harapan sgt kt aku, aku takut aku kecewa. Aku xmau die berubah sbb benda lain or sbb aku. Aku nak die berubah kerana Allah s.w.t.

Erm tapi kebnyakkan masalah ni berlaku pd kaum wanita, ye la dieorg cuma leh nkh sorg je, laki lak da 4 kuota tu sbb la dieorg xamik brt hal ni... Kecuali yg betul2x niat utk mendirikan masjid ngn pmpn yg dicintai kerana Allah s.w.t.

Daripada ceramah2x yg aku ikuti menyuruh wanita untuk memilih pasangan hidup yg terbaik supaya x menyesal dikemudian hari... Lelaki adalah pemimpin keluarga, kalau lelaki tu xleh bimbing kite dlm bab2x agama, solat pun tgl n mngajak kite melakukan perkara2x maksiat, so we need say 'NO' to him. Tinggalkan n cari la pasangan hidup yg lain yg mampu membimbing kita kejln yg diredhai Allah s.w.t.

Erm, aku bkn la seorg yg perfect, da gak yg aku lakukan tapi silap aku sndri krana hanyut ngn nafsu cinta... Tapi masih ada peluang utk kite berubah, pesanan penceramah jgn kite gali kubur sndri,jgn ditambah dosa yg ada... Arghhh, kate2x tu begitu berkesan n berbekas dlm diri aku. Trus trg aku katakan aku amat susah utk lupakan die, if terpaksa mungkin aku akan membuat pilihan yg kedua... Tapi aku sgt sayang die... aku harap die pun sama... Aku cuma perlukan masa utk menilai hubungan kami...

Aku perlu kuat utk semua ni, skrg tgh kumpulkan semngt utk hadapi ape yg akan berlaku nnt, buat masa skrg aku xmau pk2x lg, kepala ni penuh ngn kje2x yg kne siapkan, aku nak abiskan sem last ni dgn jayanye... Hope Allah is always by my side...

Monday, February 21, 2011

SITE VISIT FOR HOUSING DEVELOPMENT AT SELAYANG


Salam semua...

Hari ni aku nak post entry pasal site visit grup aku untuk Desk study bg Subjek Urban Pasai Housing development... So kiteorg kne cari site dlm linkungan 50 ekar untuk buat layout for housing... Jd kiteorg decide untuk buat site same ngn grup en.zamri (Tentera yg bljr sama kos ngn kiteorg) kt selayang, Umah en.Zamri ni dkt2x area Selayang je.Jadi kiteorg mintak la tolong en.zamri ni bw kiteorg tgk site. So ari sabtu kami bertolak dari uitm shah alam amik bas terus pegi KL Sentral, then mkn2x... pastu amik KTM pegi ke Taman Wahyu at Selayang...



Breakfast dlu kat KL Sentral ( mamam nasi lomak telur goreng Rm3.00) mahai ;'(

Di apit oleh dua kwnku yg putih2x (aku ble nak putih ni huhu)




Dalam Ktm ngn Fuzah

Selepas sampai kt KTM Taman Wahyu, kami tunggu en.Zamri datang bersama satu lagi grup yang wat site sama ngn kami... sambil2x tu kami wat la sesi photoshoot...haha

Dgn Faizah (PAE)

Dgn Khairiah (KHAI)


Ok, dah bis berposing kt KTM kami pun g la melawat site kami tu... Sangat besar kawasannya... Pastu kami ronda2x lagi area berhampiran site untuk amik gambar facilities yg ada sekitar kwsn site kami seprti Tangki air, lot2x kedai, Balai Polis, Hospital, Taman2x n macam2x g la... jom tgk gambr...


Ni la En.Zamri as tourist guide kami

Ni lak area site kami yg sblh kiri berdinding biru










Wahhh besonye pisang tu


Pastu, dah bis tgk site, en.Zamri bw kami pegi minum air tebu dpn kedai die... Mmg best
panas2x minum air tebu... Trima kaceh en.Zamri sbb blanje kami minum air tebu... ;-)




Mesir mali...

Kat depan Surau pun kami nak bergambar...



Pas solat kami dibawa bersiar-siar kt FRIM Selayang... Kawasan hutan, tenang je tgk pokok2x kat dlm tu huhu, rasa macam kawasan jauh dari bandar je padahal tmpat ni dlm bandar Selayang je...



































































Then, kami pun balik menaiki ktm dari Taman Wahyu seterusnye ke KL Sentral lps tu naik bas U80 ke Shah Alam...































Nak balik, ni kat KTM Taman Wahyu



Alas perut dgn ais krim McD kat KL Sentral sblum balik



Memang best dpt berjalan mcm ni bersama-sama kwn2x... Ok, kt cni Miza dan kawan2x grup Miza nak ucap terima kasih kt en.Zamri kerana bw kiteorg g tgk site n jln2x area Shah Alam serta blanje kami, Thanks also to our Director Mr.Abdul Hadi as our leader grup... Haha macam nak wat penghargaan dlm report... pape pun kite enjoy!!!! ;-)

Thursday, February 17, 2011

Potong KukuKu


Salam...
Hai semua...

Kali ni Miza nak kongsi maklumat pasal potong kuku ni.... Selama ni kite selalu di ajar kalau nak potong kuku kne mulakan dgn jari telunjuk tgn kanan dan ada la step2xnye kan dan ada hari2x yang baik n tak baik bila potong kuku... Miza ada terbaca beberapa blog tu, rupe2xnye semua tu tak sahih dan dari hadis palsu...
Selalunye kite potong ikut step macam kt atas ni kan... Dan kite ada jugak dgr mcm kt bwh ni:

RAHSIA MEMOTONG KUKU:

RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA:

Barang siapa yang mengerat kukunya pada:

* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan..
* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.


Berdasarkan pencarian Blogger tersebut jawapan ada di bawah ni... Miza cuma nak share dgn kwn2x dan pembaca blog yg tak sedar selama ni kesahihannya cara memotong kuku dan hari2xnya... Terpulang la pd korg nak trima atau tak...

Jawapan:

Berdasarkan pencarian saya, ini yang diketemui:
من قلم أظفاره يوم السبت خرج منه الداء ، ودخل فيه الشفاء ، ومن قلم أظفاره يوم الأحد خرجت منه الفاقة ودخل فيه الغنى ، ومن قلم أظفاره يوم الاثنين خرجت منه العلة ودخلت فيه الصحة ، ومن قلم أظفاره يوم الثلاثاء ، خرج منه البرص ، ودخل فيه العافية ، ومن قلم أظفاره يوم الأربعاء خرج منه الوسواس ، والخوف ودخل فيه الأمن والصحة ، ومن قلم أظفاره يوم الخميس خرج منه الجذام ودخل فيه العافية ، ومن قلم أظفاره يوم الجمعة دخل فيه الرحمة ، وخرج منه الذنوب


Maksudnya: "Sesiapa yang memotong kukunya pada hari sabtu, keluar darinya penyakit dan masuk ke dalamnya penyembuhan, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari ahad, keluar daripadanya kefakiran dan masuk ke dalamnya kekayaan, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari isnin, keluar daripadanya penyakit dan masuk kepadanya kesihatan, sesiapa yang mengerat kuku pada hari selasa, keluar daripadanya al-Baros dan masuk ke dalamnya al-'Afiah, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari rabu, keluar daripadanya was-was dan ketakutan dan masuk ke dalamnya keamanan dan kesihatan, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari khamis, keluar daripadanya al-Jadam dan masuk kepadanya al-'Afiah dan siapa yang mengerat kukunya pada hari jumaat, masuk kepadanya rahmat dan keluar daripadanya dosa-dosa."

Darjat Hadith

1. PALSU (al-Maudhuaat, Ibn Jauzi, 3/226)
2. PALSU, di dalam sanadnya ada para pemalsu hadith dan rawi-rawi yang majhul (al-Fawa-id al-Majmu'ah, oleh al-Syaukani. m.s. 197)
3. Di dalam sanadnya ada Nuh bin Abi Maryam yang ditohmah dengan pendustaan (Tartib al-Maudhuaat) - Sila lihat takhrij hadith dari laman dorar.net

al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani pula di dalam Silsilah al-Ahadith al-Dhoiefah wa al-Maudhuah ada menyebut hadith:




من قلم أظافيره يوم الجمعة قبل الصلاة ، أخرج الله منه كل داء ، وأدخل مكانه الشفاء والرحمة

Maksudnya: "sesiapa yang mengerat kukunya pada hari jumaat sebelum menunaikan solat, Allah mengeluarkan daripadanya penyakit dan menggantikan tempat penyakit itu dengan ppenyembuhan dan rahmat." Hadith ini menurut penilaian al-Albani adalah hadith yang terlalu lemah (ضعيف جدا)- Sila lihat Silsilah al-Dhoiefah, m.s. 36, bil. hadith: 2021, cetakan pertama Maktabah al-Maarif al-Riyadh.

al-Hafidz al-Sakhawi di dalam al-Maqasid al-Hasanah m.s. 422 menyebut:

لم يثبت في كيفيته ولا في تعيين يوم له عن النبي صلى الله عليه وسلم شيء

Maksudnya: "Tidak thabit tentang kaifiatnya (memotong kuku), tidak thabit juga tentang menentukan hari untuk memotong kuku dari Nabi S.A.W. sesuatu hadith pun."

Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:


لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن


Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata:

"Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."
-----------------------------------------------------------
Kesimpulan:

1. Hadis Memotong kuku mengikut susunan adalah dhaif.
2. Apa yg thabit adalah memulakan dengan tangan kanan atau kaki kanan berdasarkan hadith Aisyah yg menceritakan Nabi SAW sentiasa mendahului perbuatan dgn tangan kanan, termasuk menyikat rambut.
Aisyah Ummul Mukminin beliau mengatakan,
"Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam suka mendahulukan yang kanan ketika bersuci, menyikat rambut dan memakai sandal." (HR. Bukhari dan Muslim)
3. Islam mengutamakan kebersihan untuk ummatnya. Maka memadai dengan apa yg diajarkan oleh Rasulullah SAW berkenaan kebersihan berdasarkan hadis soheh, tidak perlu menjadikan hadis dhaif sebagai hujjah untuk kita beribadah.

Ok, kesimpulannya disini yg miza nak simpulkan
1. Kite boleh potong kuku asalkan mula dari tangan atau kaki kanan
2. Kite boleh potong kuku hari2x...Yeeehhhaaa suke2x dah tak yah risau dah, tak yah simpan2x kuku nak tgu hari isnin,khamis,jumaat...
3. Kite kne Rajin potong kuku

Kalau korg xcaye lg korg leh rujuk blog ini :
1. http://myapeapeaje.blogspot.com/2010/11/hadis-palsu-tentang-adab-memotong-kuku.html
2. http://kemahilmu.blogspot.com/2010/05/hadis-palsu-tentang-adab-memotong-kuku.html

And Fb ni :
http://www.facebook.com/notes/sunnah/hadis-palsu-tentang-adab-memotong-kukupenjelasan-as-sunnah/383754418459


Trima kasih kerana membaca... ;-)

Monday, February 14, 2011

MALAS...Aduhhh

Assalamualaikum Cemua....

Huhu... dh lama x mencoret sesuatu kt dlm blog ni... Sebenarnya i still bljr camne nak wat blog ni, so klo leh wat sesuatu biar la prefect haha... Ble dah rsa blog ni dah memenuhi kriteria and i puas hati baru nak publish kt kwn2x n sape2x yg sudi bc blog i ni... Tak pe i suke da ramai kwn, kite bkn nak cari musuh kan.. haha sejak ble lak 'aku' jd ' i ' ni ??? Layankan aje la ye korg...

Minggu ni bnyk cuti tapi satu keje pun i tak buat sbb utama " MALAS" . Kenape tah makin nak abis sem makin 'malas'. Ish can i throw it far away from my life now??? Camne tu... Dlu waktu skolah2x da gak sumber inspirasi, Klo malas je igt my sumber inspirasi terus je automatik jd rajin haha... tu dulu la... Waktu skolah dlu i mmng sgt rajin pun...Bukan nak bngga diri tapi saje nak bgtau kt cni... Camne la nak suntik semangat kerajinan ni... Lagi2x skrg zaman i.t lagi la asyik duk ngadap FB,blog,Page2x hiburan dan mcm2x g la yg melaghakan ni 24 jam huhu... Zaman skolah2x dlu semua ni i tak brape reti sgt la. Nak open internet pun takut2x je, maklum la umah i mana da komputer n internet ni waktu tu... Bljr kt skolah pun g jap je tu pun Bljr Microsoft word tu pun tak bis blajo sbb nak g kls susah umah jauh dari skolah, g skolah naik bas...

Erm bkn salah Uitm Psg wireless, tp slh dri sendri yg tak dpt mengawal penggunaannye... K la i Cube untuk jd rajin K. Lgpun sem ni sem Last I kt Uitm ni, Korg doa2xkan la i dpt siapkan thesis i sem ni and Lulus semua subjek dgn cemerlang utk sem ni... Amin...