CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, September 9, 2011

Cari Kerja

Salam....


Dah lama aku tak membuka blog kesayanganku ni... taktau lah ape dah jadi...
Taktau ari ni tibe2x je rajin nak mengupdate huhu...


Sebenarnya kat sini aku nak cerita pasal cari kerja... Baru aku tau kenapa la bnyak sangat graduan menganggur skrg ni... Now i face it... Adeh, pening kepala aku search pekerjaan yg ada kaitan dgn ape yg aku study selama ni... Bukannye xdek, tapi kurang... huhu mcm mane tu??


Kalau keje dgn LS ada la, tapi aku dah tak minat dah kje2x guna AutoCAD ni... nama je bljr survey guna AutoCad pun xtau.. Kebanyakkan company yg aku search lak nak pakai surveyor... apsal lak aku reject?? Aku reject keja tu sbb aku dah tak larat dah nak berpanas kat luar tu... Aku tau kulit aku tak la cerah mane pun, tapi sebagai perempuan kulit mesti jaga beb klo tak sape la yg mau huhu... Adeh kesitu lak aku melalut...


Lagi satu ada aku search pasal kerja tu kje Offshore... mmng la ada kaitan ngn pe yg aku study... tapi... Aku xmau weh belayar, keje tgh laut tu... offer gaji beribu2x pun aku tak mau... Adeh...


Then, kebanyakkan kerja yg aku search semua nya nak Pekerja yg ada EXPERIENCE.... Mana beb aku nak dptkan experience kje dalam bidang tu... Lagi2x dalam tu lak ada list nak kne pandai dlm English... Lagi la... Aku tak tau la selama aku bljr b.inggeris ni daripada darjah satu sampai la dah masuk Universiti aku masih x berape pandai dlm mata pelajaran tu... Kang bagus ada org sudi ajar aku English sampai aku pandai... sape ye sudi??? haha


Minggu dpn da Pameran Career... Hope ada la keje yg sesuai utk aku... Semoga aku dpt bertemuduga dgn baik... And dpt keje.... Aku kena kje la sbb aku nak tlg family aku, aku nak byr duit konvokesyen lg... Mana nak cari duit beb zaman skrg semua harga barang naik, topup pun dah da cukai... 


SO, kat sini aku nak nasihatkan korg semua, sebelum pegi mengundi korg pikir la betol2x sape yg boleh membantu rakyat malaysia melalui kemelut harga brg yg naik... Hehe aku dah tau dah sape yg aku nak undi... hhehe secret2x mane leh bgtau... Sekarang ni Masa utk BERUBAH OK!!! 


K la dah bnyak aku merepek ni... Doakan aku dpt keje yg bagus2x ye... 

Thursday, April 28, 2011

Hey... Lihat!!!


Hey… Lihat!

Apa?

Itu, di atas sana, putih, berarak

O.. itu awan kasih

Awan kasih?

Ya, awan kasih yang lembut, terbentuk dari titik-titik rindu yang menguap.

Awan kasih itu untukmu.




Hey … Lihat!

Apa?

Itu, di atas sana, berkelap-kelip, di langit

O… itu bintang yang ku ambil malam tadi

Bintang yang kau ambil malam tadi?

Ya, satu dari tujuh bintang utara yang kuambil untukmu.

Bagaimana caranya?

Naik ke atap dan memikirkanmu. Dalam sekejap, bintang itu dengan mudahnya ku gapai.

Ku taruh lebih dekat, agar dapat menerangi lelapmu saat malam tiba. Satu dari tujuh bintang utara itu untukmu.




Hey … Lihat!

Apa?

Itu, di sebelah sana, mekar, semerbak

O… itu kembang harap

Kembang harap?

Ya, kembang harap. Mekar dan wanginya bertambah seiring dengan harap yang ku ucap dalam doa. Kembang harap itu untukmu.




Hey … Lihat!

Apa?

Itu, di atas sana, di barat langit

O… itu lantunan senja

Lantunan senja?

Ya, lantunan senja. Kala senja tiba, langit akan menyanyikan nada terbaiknya menghasilkan lantunan senja, komposisinya terpatri di barat langit dengan semburan jingga nan elok. Lantunan senja itu untukmu.




Hey… Lihat!

Apa?

Itu, di sana, tinggi, menjulang

O… itu bukit rindu

Bukit rindu?

Ya, bukit rindu. Setiap rindu yang hadir dalam hati, tumbuh menjadi bukit rindu.

Bukit rindu ini untukmu.




Hey … Lihat!

Apa?

Itu, di sana, rintik, gerimis

O… itu gerimis bahagia

Gerimis bahagia?

Ya, gerimis bahagia. Saat tawamu berderai, gelakmu terurai, bahumu tergoncang dan matamu mengecil, gerimis ini turun. Sengaja aku memilih sore hari. Setelah rintiknya selesai, kau dapat mencium aroma tanah dan menghadirkan aku disana. Gerimis bahagia ini untukmu.




Hey… Lihat!

Apa?

Itu, di sana, berdua, bersisian

O… itu kita sayang

Kita?

Ya… kita. Berdua. Beriringan. Melangkah menuju rumah senja yang kita bangun. Rumah senja dengan awan kasih, satu dari tujuh bintang utara yang aku ambil, kembang harap, lantunan senja, bukit rindu dan gerimis bahagia. Kita. Berdua. Menuju rumah senja. Dan memelukmu dari belakang, mencuri harummu, mengagumi gelakmu, menikmati minit-minit yang kita habiskan bersama, mengucupmu di lengkung alis, kala jemari kita bertautan. Cepat sedikit sayang. Rumah senja itu tampak semakin jelas…




Special for You... (^_^)...

Wednesday, April 27, 2011

ALLAH KNOWS......




When you feel all alone in this world

And there's nobody to count your tears

Just remember, no matter where you are

Allah knows

Allah knows




When you carrying a monster load

And you wonder how far you can go

With every step on that road that you take

Allah knows

Allah knows




No matter what, inside or out

There's one thing of which there's no doubt

Allah knows

Allah knows




And whatever lies in the heavens and the earth

Every star in this whole universe

Allah knows

Allah knows




When you find that special someone

Feel your whole life has barely begun

You can walk on the moon, shout it to everyone

Allah knows

Allah knows




When you gaze with love in your eyes

Catch a glimpse of paradise

And you see your child take the first breath of life

Allah knows

Allah knows




When you lose someone close to your heart

See your whole world fall apart

And you try to go on but it seems so hard

Allah knows

Allah knows




You see we all have a path to choose

Through the valleys and hills we go

With the ups and the downs, never fret never frown

Allah knows

Allah knows




Every grain of sand,

In every desert land, He knows.

Every shade of palm,

Every closed hand, He knows.

Every sparkling tear,

On every eyelash, He knows.

Every thought I have,

And every word I share, He knows.

Allah knows ..........

Tuesday, April 26, 2011

JENIS-JENIS TANAH YG MENCIPTA --> MANUSIA



Alolo comeynye baby ni... pinjam ye baby pic kamu... huhu






TANAH YANG BAGAIMANA DIJADIKAN?


1.Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis

2.Tanah Bukit Tursina

3.Tanah Iraq

4.Tanah Aden

5.Tanah Al-Kautsar

6.Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah

7.Tanah Paris

8.Tanah Khurasan

9.Tanah Babylon

10.Tanah India

11.Tanah syurga

12.Tanah Tha’if


Kata Ibnu Abbas :


1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis, kerana di situlah otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.




2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.




3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.




4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.




5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.




6. Giginya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat memanis-manis.




7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.




8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.




9. Perutnya dari tanah Babylon.Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.




10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.




11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.




12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah iman, keyakinan,ilmu,kemahuan dan sebagainya.




13. Lidahnya dari tanah Tha’if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan mendoakan kepada Tuhan.





~Moga mendapat manfaat (^_^)v~

Friday, April 22, 2011

KESEMPURNAAN SEORANG MUSLIM

Seorang sahabat bertanya kepada Rosulullah S.A.W , Dia berkata : Aku ingin menjadi orang yang alim

Baginda S.A.W menjawab : Takutlah kepada Allah maka engkau akan jadi orang yang alim


Dia berkata : Aku ingin menjadi orang paling kaya

Baginda S.A.W menjawab : Jadilah orang yang yakin pada diri sendiri maka engkau akan jadi orang paling kaya


Dia berkata : Aku ingin menjadi orang yang adil

Baginda S.A.W menjawab: Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri maka jadilah engkau seadil-adil manusia


Dia berkata : Aku ingin menjadi orang yang paling baik

Baginda S.A.W menjawab: Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia


Dia berkata : Aku ingin menjadi orang yang istimewa di sisi Allah

Baginda S.A.W menjawab : Banyakkan dzikrullah niscaya engkau akan jadi orang istimewa di sisi Allah


Dia berkata : Aku ingin disempurnakan imanku

Baginda S.A.W menjawab : Baikkanlah akhlakmu niscaya imanmu akan sempurna


Dia berkata : Aku ingin termasuk dalam golongan mereka yang taat

Baginda S.A.W menjawab : Tunaikan segala kewajiban yang difardhukan maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat


Dia berkata : Aku ingin berjumpa Allah dalam keadaan bersih dari dosa

Baginda S.A.W menjawab : Bersihkan dirimu dari dosa niscaya engkau akan menemui Allah dalam keadaan suci dari dosa


Dia berkata : Aku ingin dihapuskan segala dosaku

Baginda S.A.W menjawab : Banyaklah beristighfar niscaya akan dihapuskan (kurangkan ) segala dosamu


Dia berkata : Aku ingin menjadi semulia-mulia manusia

Baginda S.A.W menjawab : Jangan berprasangka pada orang lain niscaya engkau akan jadi semulia-mulia manusia


Dia berkata : Aku ingin menjadi segagah-gagah manusia

Baginda S.A.W menjawab : Senantiasa berserah diri (tawakkal) kepada Allah niscaya engkau akan jadi segagah-gagah manusia


Dia berkata : Aku ingin dimurahkan rezeki oleh Allah

Baginda S.A.W menjawab : Senantiasa berada dalam keadaan bersih ( dari hadast ) niscaya Allah akan memurahkan rezeki kepadamu


Dia berkata : Aku ingin termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi oleh Allah dan rasulNya

Baginda S.A.W menjawab : Cintailah segala apa yang disukai oleh Allah dan rasulNya maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh Mereka


Dia berkata : Aku ingin diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari qiamat

Baginda S.A.W menjawab : Jangan marah kepada orang lain niscaya engkau akan selamat dari kemurkaan Allah dan rasulNya


Dia berkata : Aku ingin diterima segala permohonanku

Baginda S.A.W menjawab : Jauhilah makanan haram nescaya segala permohonanmu akan diterimaNya


Dia berkata : Aku ingin agar Allah menutupkan segala keaibanku pada hari qiamat

Baginda S.A.W menjawab : Tutupilah keburukan orang lain niscaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari qiamat


Dia berkata : Siapa yang selamat dari dosa?

Baginda S.A.W menjawab : Orang yang senantiasa mengalirkan air mata penyesalan, mereka yang tunduk padakehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan


Dia berkata : Apakah kebaikan terbesar di sisi Allah?

Baginda S.A.W menjawab : Baik budi pekerti, rendah diri dan sabar menghadapi cobaan Allah


Dia berkata : Apakah kejahatan terbesar di sisi Allah?

Baginda S.A.W menjawab : Buruk akhlak dan sedikit ketaatan


Dia berkata : Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat ?

Baginda S.A.W menjawab : Sedekah dalam keadaan sembunyi dan menghubungkan persaudaraan



Dia berkata: Apakan yang akan memadamkan api neraka pada hari qiamat?

Baginda S.A.W menjawab : sabar di dunia dengan bala dan musibah

Monday, April 18, 2011

Mengapa Kau berfikir begitu?



Mengapa Kau berfikir begitu?


Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia....

Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.




Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih.... Allah SWT sudah menghitung air matamu.




Ketika kau fikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berjalan begitu saja... Allah SWT sedang menunggu bersamamu.




Ketika kau berfikir bahwa kau sudah mencuba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi... Allah SWT sudah punya jawapannya.




Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan... Allah SWT dapat menenangkanmu.




Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menalifon... Allah SWT selalu berada disampingmu...




Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang... Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya dan Dia telah menciptakan seseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.




Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang, namun kau tahu cintamu tak terbalas... Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu dan Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu.




Ketika kau merasa telah dikhianati dan dikecewakan. .... Allah SWT dapat menyembuhkan lukamu dan membuatmu tersenyum...




Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan, Allah SWT sedang berbisik kepadamu...




Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur.... Allah SWT telah memberkatimu...




Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban... Allah SWT telah tersenyum padamu.




Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi.... Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu...




Ingat dimanapun kau atau kemanapun kau menghadap... Allah SWT Maha Mengetahui.



~From Ahmad_Rizal~








Comey x??? ni my future son huhu comey2x cam muka miza kan kan ngeh ngeh ;p

Saturday, April 16, 2011

LELAKI...


Lelaki diciptakan dgn penuh unik,penuh kekuatan dan semangat.

Diciptakan untuk membimbing.Dan juga diciptakan untuk melindungi.
Al – Mu’tasim kebanggaan wanita,

Kini,

Ribuan wanita suci terpenjara,

Fatimah di
Bayangkan andai dunia ini tanpa lelaki........

pasti ia kelihatan cacat dan tidak mungkin juga manusia akan menjadi seperti hari ini.

Insan bernama lelaki sangat diperlukan untuk menjalankan sesuatu perkara.
Malah kerja persaksian juga,diutamakan kepada lelaki.


Kaum hawa amat memerlukan perlindungan daripada kaum Adam.

Dalam aspek agama juga Lelaki amat penting untuk memimbing kaum wanita dan anak-anak kecil ke jalan yang benar.


Kekuatan dan keberanian lelaki sangat diperlukan untuk melindungi

kaum hawa dan juga keluarga.

Tapi sekarang.............



Dulu,

Bila disebut lelaki,

Wanitanya mendongak megah,

Lelaki kami Asadullah, Saifullah,

Tokoh kami tak terkira,

Kini,

Bila disebut lelaki,

Wanitanya menunduk lemah,

Tokoh kami sedikit sekali,

Ramainya, boneka Yahudi.



Dulu,

Bila disebut lelaki,

Wanitanya tenang di hati,

Lelaki kami menjaga, melindungi,

Kini,

Bila disebut lelaki,

Wanitanya mahu cabut lari,

Lelaki khianat, perogol bersiri.



Dulu,

Bila seorang wanita teraniaya,

Sepasukan kuda putih membela,
perkosa minta dibela,

Lelaki tunduk tak bertenaga.



Dulu,

Bila wanita di bawah jagaannya,

Lelaki memagari sehabis daya,

Tiada siapa berani menggoda,

Kini,

Bila wanita di bawah jagaannya,

Lelaki tak kisah auratnya terbuka,

Wanitanya dibiar bebas, binasa.



Dulu,

Lelaki menggadai harta dan nyawa,

Untuk mengangkat kemuliaan agama,

Kini,

Lelaki menggadai ketinggian agama,

Demi nafsu, dunia dan seisinya.



Dulu,

Lelaki bermatian mencipta sejarah,

Kental berjihad, tekun berdakwah,

Kini,

Lelaki hanya menyanjungi sejarah,

Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.



Dulu,

Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,

Al – Farouq, Zunurain mati terbunuh,

Kini,

Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,

Hingga sanggup membunuh.



Dulu,

Lelaki bersatu mengahadapi musuh,

Angkatannya kuat dan teguh,

Kini,

Lelakinya berpuak dan berpecah,

Sesama sendiri saling bertelingkah.......................................................



Kini lelaki tidak lagi seperti dahulu kalanya....

tidak dinafikan masih ada yang kelakiannya masih sejati bak pewira

dan juga agamanya tidak kurang hebatnya seperti tokoh-tokoh dahulu,

tetapi ia dalam sebilangan yang sangat kecil...


Menjadikan keistimewaannya untuk melemahkan kaum hawa dengan kata-kata manis..... Memperdaya wanita,permainkan perasaan wanita dengan sesuka hati dan akhirnya mengecewakannya.

Adakah itu ciri-ciri lelaki sejati??


Kaum hawa amat memerlukan perlindunganmu wahai lelaki,

usahlah kalian permainkan meraka......

Bagaimanakah perasaan kalian andai wanita dari darah dagingmu sendiri

dipermainkan oleh lelaki yang temannya syaitan??

tentu sekali kecewa bukan? begitu juga dengan wanita yang mempunyai abang,ayah...... kalaupun wanita itu yatim piatu,tak semestinya dapat permainkan perasaan mereka dengan sesuka hati. Sakit hatinya sangat menyeksakan.......



Wanita itu tidak sekuat lelaki.


Wanita itu tidak seberani lelaki.


Wanita itu tidak setabah lelaki.



Mereka memerlukan perlindungan lelaki,

tp jika lelaki sendiri ingin mengkhianati dirinya....

apakah dayanya untuk meneruskan kehidupannya.


Usah kalian mengunkapkan perkataan CINTA,

jika sebenarnya niat kalian bukan kearah pernikahan.


Jika kalian benar ingin berniat kearah perkahwinan,

percepatkanlah....

usah dimain-mainkan perasaan halus kaum hawa.


Jika cinta kalian sekadar untuk main-main,

lebih baik tak payah,

ALLAH melihat kalian dan Maha Mengetahui hati kalian.



Kini kaum wanita banyak yang kecundang dialam remaja lagi, kerana kata-kata manis sesetengah kalian yang berunsurkan racun syaitan......

Banyak lelaki kini yang menjadikan wanita hanya tempat melepaskan nafsu buas meraka. Kerana kalian terkenal dengan sifat yang berani,menyababkan wanita takut....

dan lebih-lebih lagi takut kehilangan kasih sayang dari kalian..



Wahai kaum ADAM,ayuh bangkit dan kembalilah menjadi lelaki yang sebenar-benarnya lelaki.Lelaki yang pelindung,yang berani menegakkan suruhan Agama.

Lelaki yang akan melindungi kaum hawa dan membimbing KAMI kejalan yang benar dan diredhai ALLAH S.W.T....




Hasil copy paste dr blog nurulnashida...


Huhu ni aku n future husband... haha berangan jap


huhu kje pun lum g hikhik ;p



Jom 'LIKE' kt bwh ni reramai... hehehe