CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, April 14, 2011

Dariku Untukmu...



♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Ini bukan sekadar kata-kata agar kamu jatuh hati padaku, namun ini adalah kejujuranku. Mengapa aku berkata seperti ini? Kerana aku menyukai orang-orang yang mencintaiNya. ... yang mencintai RasulNya... dan denganmu... kuharap keteguhanmu bisa mengajakku serta untuk semakin mencintaiNya. ..


Duhai sayangku, Aku merindukanmu kerana Allah, Ini bukan ungkapan rahsia dalam hatiku untuk memikatmu.

Mengapa aku berkata seperti ini? kerana aku tahu... mengucapkan ikrar suci itu bererti menyempurnakan hidupku.

Dan... Pernikahan adalah sunnah Rasullullah dan Rasulullah adalah kekasih Allah. Cinta adalah anugerahNya yang ditumbuhkan dihati orang-orang yang dikehendakiNya. Bagaimana aku tidak merindukan kehadiranmu wahai kekasih.... to come in my life ???


Duhai sayangku, Aku menunggumu kerana Allah,

Ini bukan lanjutan perasaan untuk sebuah penantian.

Mengapa aku berkata seperti ini? Kerana aku tahu, diriku terlalu banyak kekurangan.. . dan kerananya... aku butuh seseorang yang lebih halus untuk menakluki hatiku yang tegas dan yang lebih teguh untuk menguatkan hatiku yang lemah dengan izinNya...


Aku tahu... terlalu banyak yang harus aku perbaiki...

keranaNya, aku menunggumu untuk menjadi pendamping hidupku... aku menunggumu untuk lebih membimbingku dengan tulusmu... untuk lebih mengajariku dengan sabar hingga kenikmatan imanku terhadapNya semakin dalam dengan izinNya....

disetiap hariku... untuk selama-lamanya Amin...


Aku tahu, dalam hatiku... aku tak ingin hidup sendiri, aku berharap... Allah menganugerahkan padaku seorang imam untuk berkongsi banyak hal dan menerima apa adanya diriku berserta keluargaku...

Kekasih... bila Engkau benar-benar ada dalam hidupku... semoga Allah memantapkan hati kita dan mendekatkan kita dijalan yang lebih di RedhaiNya Amin... Aku mencintaimu kerana Allah... aku merindukanmu kerana Allah dan aku menunggumu kerana Allah...

Ku harapkan kau dpt menjadi imamku dan juga imam untuk keluarga kita...



Ikhlas dariku....

No comments:

Post a Comment