CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, April 4, 2011

INI CERITA...


JOM BACA CERITA NI... TERUTAMA KAUM ADAM WAJIB BACA HUHUHU ====================================================================================



Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja, Satu malam Mat berdoa,”Ya Tuhanku, aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja.Biar aku pula yang berehat di rumah.”



Tuhan telah mengabulkan permintaan Mat. Pagi esoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. . Selepas menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah. Mat start injin kereta dan bergegas hantar anak-anak kesekolah. Balik dari sekolah terus untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru balik ke rumah. Simpan -barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan di simpan dalam peti ais. Kemudian mengambil pakaian kotor untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak.Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan . Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Kemudian angkat kain di jemuran.



Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. . Dah selesai, kain-kain yangbaru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. , waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar.Belum sempat rehat, terpaksa menyiapkan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tido.



Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja selesai. Badan pun dah longlai, bolehlah rasanya nak berehat sikit. belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. . Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai tertidur.



Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula,”Ya Tuhanku. Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah.



Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,”Wahai Mat,kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kena tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali….” Whatttt???.. . 9 bulan 10 hari???…Beranaaak? ??…….. Waaaaaa.. tak nak, tak nak, tak taaaaaaaaaaaaaaaaaa akkkkk… !!! …..



Moral cerita : Isteri perlu disayangi dan lindungi kerana ia adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai.. so kepada suami2 ..hargai la isteri anda………..

No comments:

Post a Comment